WELCOME TO AN ICT WORLD....

WELCOME TO ICT WORLD.......

Monday, October 4, 2010

*Kepentingan prasekolah*


Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban tahun semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan mahupun swasta. Di kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat. Namun begitu, sebagai ibu bapa anda perlu bertanya pada diri sendiri mengapa anda harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah anak-anak anda. Ada tiga alasan utama mengapa anda sebaiknya tidak hanya mendaftar anak anda ke kelas prasekolah, tetapi menjadi aktif terlibat di dalam proses pembelajarannya juga samada di kelas mahupun di rumah.

Pertama, anda harus ingat bahawa pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka. Hari ini kita mengharapkan anak-anak kita untuk belajar lebih banyak perkara pada saat mereka mula memasuki umur 4-6 tahun( prasekolah). Sementara generasi sebelumnya hanya mula belajar asas-asas seperti pengenalan warna , nombor dan abjad ketika di sekolah formal, manakala anak-anak saat ini ’dimestikan’ untuk mempunyai kemahiran asas ini ketika mereka belajar di prasekolah.

Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak anda belajar di prasekolah anda akan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak anda akan memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil belajar’ yang pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan membantu membuat anak anda bersemangat belajar seumur hidup mereka.

Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’ kanak-kanak yang sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Adakah anda ingin anak anda berada di kelas ’hadapan’ atau tertinggal di ’belakang’?

Bagi ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak mereka melalui program prasekolah formal, anda boleh mengajar anak anda secara tidak formal di rumah jika anda inginkan. Yang penting adalah anda perlu memastikan anak anda belajar kemahiran yang mereka perlu sepertimana yang dipelajari oleh kanak-kanak di kelas prasekolah. Banyak bahan-bahan bantu mengajar dan buku-buku kerja yang boleh anda perolehi di kedai-kedai buku untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan walaupun di rumah.

Anda sebagai ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang amat penting sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek rohani dan jasmani.
Posted by prasekolahIPGM at 5:20 PM 1 comments
Monday, December 28, 2009

Tuesday, September 28, 2010

" REFLEKSI"


PENGALAMAN SAYA.....SEPANJANG MEMPELAJARI TM,...

Subjek TM ini merupakan sesuatu yang sangat menarik dan dapat membantu saya mempelajari teknik-teknik dalam bidang teknologi maklumat.Pensyarah saya En.Nik Ibrahim,membantu dan mengajar saya membentuk sebuah blogspot yang sangat berguna bagi semua orang sepanjang tempoh pembelajaran ini.Mula-mula saya sangat bimbang sebab tak tahu membentuk sebuah blogspot dengan sendiri dan langsung tak tahu apa itu blogspot sebenarnya..Selepas bimbingan dan dorongan beliau,saya dapat mempelajari teknik-teknik untuk membentuk blogspot ini.Lama-kelamaan,saya akhirnya dapat mahir sedikit dalam kegunaan blogspot.Pensyarah juga memberi sedikit bimbingan tentang kepentingan ilmu teknologi maklumat kepada seseorang guru.Pada masa kini,seseorang guru perlu celik dalam bidang teknologi maklumat.Hal ini kerana,seorang guru merupakan seorang yang melahirkan pelajar-pelajar ysng mempunyai ilmu pengetahuan dalam semua bidang,terutamanya teknologi maklumat barulah mereka dapat membentuk sebuah negara yang maju dalam kalangan negara-negara dunia.Tambahan pula,beliau juga mengajar cara-cara menggunakan internet secara lebih mendalam yang dapat membantu dalam pelajaran.Selain itu,saya juga meminta sedikit bantuan daripada rakan-rakan sekelas dan mereka yang dari opsyen lain.




Tuesday, September 21, 2010

RANGKAIAN KOMPUTER DAN PROTOKOL YANG TERLIBAT


Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat. Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.

Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik iaitu:
1. berbantukan komputer dan perisian
2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.

Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi. Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan. Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan luas di kalangan masyarakat.
Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya membuka suatu dimensi baru di dalam pengunaan komputer peribadi. Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali tertanya-tanya mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi rangkaian kepada dunia perkomputeran. Sebelum teknologi rangkaian diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer peribadi lebih berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Pertamanya, ia tidak dirangkaikan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang lain. Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan sumber yang disediakan serta terdapat pada komputer tersebut sahaja. Dalam erti kata lain, pengguna tersebut hanya dapat menggunakan perisian serta perkakasan yang terdapat serta disambungkan kepada komputer tersebut sahaja.

BitTorrent ialah nama bagi sebuah protokol pengagihan fail pengguna ke pengguna, dan juga nama bagi perisian pelanggan bebas bagi protokol tersebut. Pada asalnya, protokol BitTorrent direkabentuk dan dicipta oleh Bram Cohen, seorang pengatur cara, tetapi kini ia diuruskan oleh BitTorrent Inc.
BitTorrent merupakan satu cara perkongsian fail yang bersaiz besar tanpa memerlukan kos lebar jalur, pelayan dan perkakas oleh pengedar fail yang asal.
Penggunaan protokol ini telah menyebabkan berlakunya permintaan perkhidmatan jalur lebar yang tinggi oleh masyarakat dunia amnya kerana ia memudahkan perkongsian fail walaupun dalam saiz dan bilangan yang amat besar.
Pelanggan BitTorrent yang asal ditulis dalam bahasa Python. Pada versi 4.0, kod sumbernya mula diterbitkan di bawah Lesen Sumber Terbuka BitTorrent. Terdapat juga pelbagai klien lain yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan dan dijalankan dalam pelbagai pelantar pengkomputeranProtokol BitTorrent membenarkan pengguna untuk mengagihkan banyak data tanpa permintaan tinggi pada komputer-komputer mereka yang diperlukan untuk menghoskan Internet. Satu pelayan hos yang piawai boleh diberhentikan dengan mudahnya jika paras tinggi aliran serentak data dicapai. Protokol bekerja sebagai suatu kaedah agihan data alternatif yang membuatkan malah komputer-komputer kecil dengan lebar jalur yang rendah pun mampu terlibat di dalam pemindahan data yang besar.

Pertama, seorang pengguna bermain peranan penyedia fail membuat fail itu ada pada rangkaian. Fail pengguna yang pertama dinamakan sebagai sebuah benih(seed) dan kebolehadaannya di dalam rangkaian membolehkan pengguna-pengguna lain yang dinamakan sebagai rakan sebaya(peers), untuk berhubung dan mula untuk muat turun fail benih(seed file). Sebagai rakan sebaya yang baru berhubung dengan rangkaian dan meminta fail yang sama, komputer mereka menerima satu kepingan data yang berbeza daripada benih berkenaan. Apabila perlbagai rakan sebaya mempunyai pelbagai kepingan benih, BitTorrent membenarkan setiap daripada mereka menjadi sebuah sumber untuk kepingan fail berkenaan. Kesan daripada ini akan mengambil sebahagian kecil kerja tersebut dan meringankan pengguna asal itu, mengagihkan kerja muat turun fail di kalangan benih dan banyak rakan sebaya. Dengan BitTorrent, tiada satu komputer pun perlu untuk membekalkan data di dalam kuantiti-kuantiti yang membahayakan kerja dengan menguasai semua sumber, keputusan akhir yang sama—tiap rakan lambat laun akan menerima semua fail—boleh dicapai.
Selepas fail berkenaan berjaya dimuat turun dengan sempurna oleh seorang rakan sebaya, dia berupaya untuk bertukar peranan dan menjadi sebuah benih tambahan, menolong rakan-rakan yang lain untuk menerima seluruh fail. Anjakan beransur-ansur daripada rakan sebaya menjadi pembenih menilaikan keseluruhan 'kesihatan' fail (seperti yang dinilai oleh sebilangan kali boleh diperolehi di dalam bentuknya yang sempurna).

Keadaan agihan semulajadi BitTorrent membawa kepada keadaan seperti banjir menular menerusi rakan sebaya. Semakin banyakl rakan sebaya menyertai kumpulan itu, semakin meningkat kecenderungan kejayaan suatu muat turun fail. Kaitan dengan penghosan Internet piawai, ia menyediakan satu pengurangan signifikan di dalam koa pengagih perkakasan yang asal hardware dan kos sumber lebar jalur. Ia juga menyediakan lebihan terhadap masalah sistem, mengurangkan kebergantungan kepada pengagih asal[1] dan menyediakan satu sumber untuk fail itu yang secara umumnya bersifat sementara dan oleh itu susah untuk mengesan daripada menyediakannya oleh kebolehadaan yang tahan lama oleh sebuah hos di dalam teknik-teknik pengagihan fail piawai.

Sunday, September 19, 2010

தற்கால இலக்கியம்


18ஆம், 19ஆம் நூற்றாண்டுக் காலப்பகுதியில் தமிழ்நாட்டில் அரசியல், மதம், கல்வி போன்ற தளங்களில் பல விதமான மாற்றங்கள் இடம்பெற்றன. குன்றக்குடி, திருவாடுதுறை, திருப்பனந்தாள் போன்ற சைவ மடங்களின் ஆதரவாலும், சில புலவர் பரம்பரையினரின் முயற்சியாலும் தமிழ் இலக்கியச் செல்வங்கள், விழுமியங்கள் அழிவுறுவது காலத்தால் தடுக்கப்பட்டது.அன்னிய ஆட்சியாலும், அவர்களுக்கு முட்டுக் கொடுப்பவர்களாலும், மேற்கத்திய கலாச்சாரத்தின் பாதிப்பாலும், ஆங்கில மொழியின் செல்வாக்காலும் நசிவடைந்து கிடந்தன தமிழ் மொழி, தமிழ் இலக்கியம்; பின்னர் அச்சியந்திரங்களின் வருகையும், நிலையான ஆங்கிலேயர் ஆட்சியும், அதன்பின் ஏற்பட்ட சுதந்திர இந்திய ஆட்சியும் மதச்சுதந்திரமும், கல்வி முறையில் ஏற்பட்ட தோற்ற வளர்ச்சி, நவீன சிந்தனைகளின் உருவாக்கமும் போன்ற காரணிகளால் தமிழ் மொழியும்,இலக்கியமும் இக் காலகட்டத்தில் பெரிதும் வளர்ச்சியுற்றன. இக்காலகட்டத்தில் இடம்பெற்ற முக்கிய மாற்றமாகக் குறிப்பிடத்தக்க விடயங்களாவன:

* சங்க இலக்கியங்கள் மீளக் கண்டுபிடிக்கப்பட்டதும் அச்சேற்றியதும்.
* உரைநடையில் எழுதுவது அறிமுகமானது. (19ஆம் நூற்றாண்டின் கடைப்பகுதி)
* புதுக்கவிதை எனும் புதுப்பாணி தோற்றம் பெற்றது. (20ஆம் நூற்றாண்டின் முற்பகுதி)
* மணிப்பிரவாள நடை ஒழிந்தது.(20ஆம் நூற்றாண்டின் பிற்பகுதி)

அச்சியந்திரங்களின் வருகையால் ஏடுகளில் மட்டும் இருந்த தமிழ் இலக்கியங்கள் உ. வே. சாமிநாதையர்,ஆறுமுக நாவலர், சி. வை. தாமோதரம்பிள்ளை போன்றோரின் மீள் கண்டுபிடிப்பாலும்,அயராத உழைப்பாலும் அச்சாக வெளிவந்தது.

சங்க இலக்கியம்

சங்க இலக்கியம் எனப்படுவது தமிழில் கிறிஸ்துக்கு முற்பட்ட காலப்பகுதியில் எழுதப்பட்ட செவ்வியல் இலக்கியங்கள் ஆகும்.சங்க இலக்கியம் 473 புலவர்களால் எழுதப்பட்ட 2381 பாடல்களைக் கொண்டுள்ளது.இப்புலவர்களுள் பல தரப்பட்ட தொழில் புரிந்தோரும், மற்றும் பெண்களும் உண்டு. சங்க இலக்கியங்கள் அக்காலகட்டத்தில் வாழ்ந்த தமிழர்களின் தினசரி வாழ்க்கை நிலைமைகளைப் படம்பிடித்துக் காட்டுவதாய் உள்ளது.பண்டைத்தமிழரது காதல்,போர், வீரம், ஆட்சியமைப்பு, வணிகம் போன்ற நடப்புகளைச் சங்க இலக்கியப்பாடல்கள் எமக்கு அறியத்தருகின்றன்.

முதற்சங்கம், இடைச்சங்கம்

தொல்பழங்காலத்தில், அக்காலப் பாண்டிய அரசர்களின் ஆதரவில், ஒன்றுக்குப்பின் ஒன்றாக மூன்று தமிழ்ச்சங்கங்கள் தமிழாராய்ந்ததாகவும், அக்காலத்தில் தமிழிலக்கியங்கள் பல இயற்றப்பட்டதாகவும் நம்பப்படுகிறது. முதற்சங்கம், இடைச்சங்கம், கடைச்சங்கம் என அழைக்கப்படும் இம் முச்சங்கங்கள் சார்ந்த இலக்கியங்களிலே கடைச்சங்க நூல்கள் மட்டுமே தற்போது கிடைப்பதாகச் சொல்லுகிறார்கள். முன்னிரண்டு சங்கங்களையும் சேர்ந்த நூல்கள், அக்காலங்களில் ஏற்பட்ட கடல்கோள்களின்போது, நாட்டின் பெரும்பகுதியுடன் சேர்ந்து அழிந்து போனதாம். எனினும், முதலிரு சங்கங்கள் இருந்தது பற்றியோ அல்லது அக்காலத்தில் இலக்கியங்கள் இருந்தது பற்றியோ போதிய உறுதியான ஆதாரங்கள் எதுவுமில்லை.

Saturday, September 18, 2010

தமிழ் இலக்கிய வரலாறு

மு. வரதராசனின் தமிழ் இலக்கியம் என்னும் நூலில் தரப்பட்டிருக்கும் தமிழ் இலக்கிய கால வகைப்பாட்டை அடிப்படையாகக் கொண்ட வகைப்பாடு பின்வருமாறு.

* பழங்காலம்

* சங்க இலக்கியம் (கிமு 300 - கிபி 300)
* நீதி இலக்கியம் (கிபி 300 - கிபி 500)

* இடைக்காலம்

* பக்தி இலக்கியம் (கிபி 700 - கிபி 900)
* காப்பிய இலக்கியம் (கிபி 900 கிபி 1200)
* உரைநூல்கள் (கிபி 1200 - கிபி 1500)
* புராண இலக்கியம் (கிபி 1500 - கிபி 1800)

* புராணங்கள், தலபுராணங்கள்
* இஸ்லாமிய தமிழ் இலக்கியம்

* இக்காலம்

* பத்தொன்பதாம் நூற்றாண்டு

* கிறிஸ்தவ தமிழ் இலக்கியம்
* புதினம்

* இருபதாம் நூற்றாண்டு

* கட்டுரை, சிறுகதை, புதுக்கவிதை, ஆராய்ச்சிக் கட்டுரை

* இருபத்தோராம் நூற்றாண்டு

* அறிவியல் தமிழ், கணினித் தமிழ்

தமிழ் இலக்கியம்

தமிழ் இலக்கியம் இரண்டாயிரம் ஆண்டுகளுக்கு மேலான தொடர்ச்சி கொண்ட உலகின் சிறந்த இலக்கியங்களில் ஒன்று. வாழ்வின் பல்வேறு கூறுகளை தமிழ் இலக்கியங்கள் இயம்புகின்றன. தமிழ் இலக்கியத்தில் வெண்பா, குறள், புதுக்கவிதை, கட்டுரை, பழமொழி என பல வடிவங்கள் உள்ளன. தமிழில் வாய்மொழி இலக்கியங்களும் முக்கிய இடம் வகிக்கின்றன.

Thursday, August 19, 2010

Pendidikan jasmani

Sukan profesional


Sukan profesional ialah sukan pesertanya mendapat bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya, bertentangan dengan sukan amatur. Profesionalisme telah meningkat melalui pembangunan media massa dan pertambahan kelapangan masa masyarakat. Kedua-dua faktor ini telah menghasilkan penonton yang lebih ramai yang membolehkan persatuan sukan atau kelab mendapatkan wang tajaan yang lebih besar. Kesannya, lebih ramai ahli sukan berupaya menjadikan bersukan sebagai kerjaya dan mengekalkan status masyhur. Ini membawa banyak kebaikan, misalnya meningkatkan tahap kecekapan sukan tersebut dan meningkatkan kepopularan sesetengah sukan, serta dilihat cuba mengasingkan peserta amatur daripada sukan profesional.


Terdapat banyak masalah berlaku disebabkan peningkatan profesionalisme atau cubaan untuk menghalang profesionalisme. Ini disebabkan profesionalisme dilihat cuba menyerang etos pusat sukan iaitu bersukan hanyalah untuk mendapatkan keseronokan dan bukannya sebagai sumber hidup.
PSIKOLOGI SUKAN....

BAGAIMANAKAH MEMBENTUK MATLAMAT BAGI MEMPERTINGKATKAN PRESTASI ATLET?

Mekanisme penentuan matlamat:

1.memfokus kepada perhatian dan perlakuan.
-matlamat memberi arah tuju umtuk tingkah laku para atlet dan membolehkan mereka memfokus kepada apa yang harus mereka berikan perhatian (Locke etal.,1981).

2.mengarahkan usaha berdasarkan permintaan tugas.
3.berusaha dengan lebih tekun.
4.motivasi untuk mengembangkan stategi bagi mencapai matlamat.......



PRINSIP-PRINSIP PENENTUAN MATLAMAT..:

1.Prinsip kesukaran (difficulty)
2.Prinsip (specificity)
3.Penerimaan matlamat (goal acceptance)
Welcome to an ict world....

Try to be inovative and broad your mind through technology......